Petua Merawat Bibir Kering



Petua Merawat Bibir Kering | Cuaca panas antara faktor yang menyebabkan bibir mudah menjadi kering. Bibir yang kering pasti menjejaskan penampilan. Lebih-lebih lagi bila bibir mula mengelupas, pasti rasa pedih dan sakit.





Selain menggunakan pelbagai jenis pelembap bibir yang ada dipasaran, ada beberapa petua yang menggunkan bahan-bahan semulajadi yang boleh korang cuba untuk merawat bibir yang kering dan mengelupas.


Petua Merawat Bibir Kering


1) Campuran Lemon dan madu – Campurkan air perahan lemon dengan sedikit madu. Kemudian sapukan ke bibir. Amalkan sehari sekali.


2) Minyak kelapa dara – Sapukan sedikit minyak kelapa dara pada bibir yang kering setiap malam sebelum tidur.


3) Tomato – Ambil sebiji tomato dan belah dua atau empat kemudian ambil isinya. Sapukan isi buah tomato itu di bibir. Lakukan sekali sehari.


4) Timun – Hiris timun dan sapukan ke bibir. Boleh juga di kisar timun tersebut ataupun ditumbuk dan sapukan ke bibir yang kering.


5) Daun Lidah buaya – Potong daun lidah buaya dan sapukan lendirnya ke bibir.


Mudahkan untuk mendapat bahan-bahan yang tersenarai kat atas ni. Perkara yang paling utama untuk mengelak dari mendapat bibir yang kering adalah pastikan korang minum air yang cukup. Bila cuaca panas kena minum air dua kali ganda dari biasa.


Tetapi jika terjadi masalah bibir kering, jangan lupa cuba salah satu petua merawat bibir kering di atas ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers