Petua Menghilangkan Jeragat Di Wajah



Petua Menghilangkan Jeragat Di Wajah | Masalah jeragat di muka sering dihadapi oleh kaum wanita di Malaysia. Cuaca dikatakan antara faktor utama yang menjadi penyumbang kepada masalah ini.



Selain melakukan rawatan kecantikan atau pengambilan produk kecantikan yang ada dipasaran, ada beberapa petua mudah yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jeragat di wajah. Antaranya:

1) Menggunakan Air Kelapa – Bersihkan muka seperti biasa kemudian bilas menggunakan air kelapa. Biarkan air kelapa kering dengan sendirinya kemudian baru dibilas sekali lagi dengan air bersih. Seeloknya amalkan 3 kali seminggu. Air kelapa dikatakan mengandungi asid yang berkhasiat untuk merawat kulit.

2)Menggunakan Lendir Daun Lidah Buaya (Aloe Vera) – Potong daun lidah buaya kepada beberapa bahagian dan kupas kulit luarnya. Selepas itu sapukan lendir lidah buaya ke muka, terutamanya pada tempat yang berjeragat. Amalkan sekali sehari. Selain menghilangkan jeragat, lendir daun lidah buaya juga boleh menghilangkan parut jerawat.

3) Kurangkan Mengurut Wajah – Ramai yang suka mengurut wajah ketika membasuh muka. Namun untuk mereka yang mempunyai masalah jeragat, urutan wajah atau pembersihan yang berlebihan akan menyebabkan iritasi dan kulit akan lebih rosak.

4) Jaga Pemakanan – Pemakanan juga antara faktor penyumbang kepada masalah jeragat.Jadi pastikan korang kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan tinggi kalori. Seeloknya lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga lebihkan makanan yang berprotein dan bervitamin, terutamanya vitamin C dan E.



5) Elak Terdedah Terlalu Lama Di Bawah Matahari – Kulit wajah jika kerap terdedah pada matahari boleh merangsang pengeluaran sebum yang lebih banyak. Sinaran matahari akan menyebabkan kulit wajah mudah rosak, menggalakan pertumbuhan jerawat dan juga penyebab masalah jeragat.

Mudah-mudahan dengan Petua Menghilangkan Jeragat Di Wajah ini akan membantu korang mendapat wajah yang cantik, bersih dan berseri-seri dan yang paling penting, bebas dari jeragat.

Followers