Rahsia kecantikan wanita adalah daripada rahim yang sihat. Jika rahim tidak sihat ia akan menjejaskan hubungan suami isteri dan rumahtangga. Manakan tidak bila waktu nak bersama sahaja, Kemaluan berbau macam bangkai. Sampai suami pun tak tahan. Nak cakap takut isteri terasa hati. Jadi para wanita terutamanya yang telah berkahwin, jaga betul-betul anugerah dan maruah kita depan suami, Kemaluan berbau berpunca daripada darah-darah kotor yang tidak habis keluar dan masih melekat di dinding rahim. Apakah penyelesaiannya? Anda boleh amalkan teknik MERUANG.
Hah! apeke bendenya tu.
Teknik Meruang ialah amalan yang dilakukan oleh wanita untuk membersihkan rahim selepas kedatangan haid. Dalam Islam, jika di tuala wanita tiada kesan darah, anda perlu membersihkan sehingga di dalam rahim. Ditakuti terdapat sisa-sisa darah kotor masih lagi ada dan solat adalah HARAM. Meruang ini seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali setelah habis haid. Bagaimanakah cara Meruang?
- Duduk di mangkuk tandas (tandas duduk)
- Mencangkung dengan satu lutut kebawah
- Satu lutut lagi dalam keadaan berdiri.
Cara Meruang ialah:
- Bersihkan tangan dengan sabun antibakteria
- Masukkan jari sedalam mungkin (dalam 3 ruas jari) sambil merehatkan peha, ari-ari dan perut. Bagi yang masih dara, cukup hanya memasukkan satu ruas jari sahaja. (Sila rujuk gambar).
- Korek di celah-celah dinding faraj. Korang akan rasa mengerutu. Pusing dan korek sisa, darah haid, keputihan dan air mani.
Dalam proses ini, akan merasa kemantapan faraj anda jika rasa mengerutu dan keras seperti gigi maknanya faraj anda bersih tetapi jika tiada rasa menggerutu, keras dan berair maka faraj anda tidak bersih.
Pada peringkat awal anda akan rasa nyeri sedikit jika tidak biasa melakukannya. Cuba tenangkan diri dan tarik nafas. Lakukan secara perlahan. Rasanya sedikit nyilu tetapi kebaikkan sepanjang hayat!!